Wednesday, December 22, 2010

KEAHLIAN

Keahlian Pertubuhan ini terbahagi kepada 3 jenis:  Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup. Tiap tiap Bekas Pasukan Khas TUDM atau Rejimen TUDM atau Handau atau Pembantu Pertahanan atau Probos TUDM atau nama nama lain yang fungsi dan tugasnya sama dengan nama nama tersebut diatas, maka mereka ini layak menjadi Ahli Biasa dan Seumur Hidup Pertubuhan ini apabila telah berkhidmat didalam TUDM atau Pasukan Simpanan TUDM atau dikerah Berkhidmat Sepenuh Masa selama tidak kurang daripada Dua Belas Bulan terus menerus. Semua ahli biasa dan ahli seumur hidup layak mengundi dan diundi untuk memegang jawatan didalam Pertubuhan. Yuran Ahli Biasa, Bayaran masuk RM10.00 dan Tahunan RM10.00. Manakala ahli Seumur Hidup dibayar sekaligus. Bayaran masuk RM10.00 dan RM50,00 sebagai yuran seumur hidup.  Ahli Bersekutu.  Mereka yang tersebut dibawah ini adalah layak menjadi Ahli Bersekutu Seumur Hidup dengan syarat mereka membuktikan kesahihan butir butir perkhidmatan suami/isteri, atau ibu/bapa mereka dalam TUDM mengikut peraturan yang ditetapkan seperti dikeahlian Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup. Mereka ini tidak boleh mengundi dan diundi atau memegang apa apa jawatan dalam Pertubuhan. Lain lain keistemewaan adalah sama seperti Ahli Seumur Hidup:   Suami, isteri, suami duda atau balu atau anak Ahli Pertubuhan yang berumur 18 tahun keatas atau angguta lain dari Pasukan Khas TUDM tetapi pernah berkhidmat dengan pasukan tersebut sebagai tumpangan sementara atau tumpangan tetap.

Permohonan Menjadi Ahli. Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan memenuhi syarat seperti diatas. Tiap tiap permohonan menjadi Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli sedia ada dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Seseorang itu hanya sah menjadi ahli Pertubuhan setelah permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa. Tiap tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran ahli seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ianya telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Yuran Tahunan untuk Ahli Biasa hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya Sembilan puluh (90) hari sebelum Mesyuarat Agong Tahunan untuk layak menghadiri mesyuarat tersebut.

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. Ahli boleh diterima semula keahliannya setelah ianya terlebih dahulu menjelaskan kepada Bendahari Yuran Masuk dan Yuran Bulanan yang tertunggak.

 Yuran Khas atau kutipan wang daripada ahli ahli untuk perkara yang tertentu.