Thursday, December 23, 2010

TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan ini diwujudkan adalah kerana:

1.  Menyokong dan menjunjung tinggi prinsip prinsip RUKUN NEGARA.

2.  Bertindak sebagai satu badan penyelaras bagi menjaga kepentingan ahli ahli dan balu balu Bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia serta tanggungan mereka di bidang KEBAJIKAN, KERJAYA dan PENDIDIKAN.

3.  Menghargai dan memelihara semangat muhibah di antara bekas bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia, mengeratkan lagi tali silatul rahim dan kerjasama sesama ahli.

4.  Bertindak sebagai satu badan untuk menjejak, menemukan dan menyatukan semua bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia, yang telah lama berhenti dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

5.  Berperanan sebagai perantara dan pengutus berita dan perkembangan semasa sesama ahli dan keluarga ahli. 

6.  Melaksanakan, aktiviti aktiviti amal kebajikan serta kerja kerja sosial kemasyarakatan dikalangan ahli ahli. 

7.  Menghulur dan menyalurkan bantuan sekadar yang termampu mengikut keperluan dan keadaan semasa kepada ahli ahli yang memerlukan.