Thursday, December 23, 2010

TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan ini diwujudkan adalah kerana:

1.  Menyokong dan menjunjung tinggi prinsip prinsip RUKUN NEGARA.

2.  Bertindak sebagai satu badan penyelaras bagi menjaga kepentingan ahli ahli dan balu balu Bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia serta tanggungan mereka di bidang KEBAJIKAN, KERJAYA dan PENDIDIKAN.

3.  Menghargai dan memelihara semangat muhibah di antara bekas bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia, mengeratkan lagi tali silatul rahim dan kerjasama sesama ahli.

4.  Bertindak sebagai satu badan untuk menjejak, menemukan dan menyatukan semua bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia, yang telah lama berhenti dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

5.  Berperanan sebagai perantara dan pengutus berita dan perkembangan semasa sesama ahli dan keluarga ahli. 

6.  Melaksanakan, aktiviti aktiviti amal kebajikan serta kerja kerja sosial kemasyarakatan dikalangan ahli ahli. 

7.  Menghulur dan menyalurkan bantuan sekadar yang termampu mengikut keperluan dan keadaan semasa kepada ahli ahli yang memerlukan.


Wednesday, December 22, 2010

KEAHLIAN

Keahlian Pertubuhan ini terbahagi kepada 3 jenis:  Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup. Tiap tiap Bekas Pasukan Khas TUDM atau Rejimen TUDM atau Handau atau Pembantu Pertahanan atau Probos TUDM atau nama nama lain yang fungsi dan tugasnya sama dengan nama nama tersebut diatas, maka mereka ini layak menjadi Ahli Biasa dan Seumur Hidup Pertubuhan ini apabila telah berkhidmat didalam TUDM atau Pasukan Simpanan TUDM atau dikerah Berkhidmat Sepenuh Masa selama tidak kurang daripada Dua Belas Bulan terus menerus. Semua ahli biasa dan ahli seumur hidup layak mengundi dan diundi untuk memegang jawatan didalam Pertubuhan. Yuran Ahli Biasa, Bayaran masuk RM10.00 dan Tahunan RM10.00. Manakala ahli Seumur Hidup dibayar sekaligus. Bayaran masuk RM10.00 dan RM50,00 sebagai yuran seumur hidup.  Ahli Bersekutu.  Mereka yang tersebut dibawah ini adalah layak menjadi Ahli Bersekutu Seumur Hidup dengan syarat mereka membuktikan kesahihan butir butir perkhidmatan suami/isteri, atau ibu/bapa mereka dalam TUDM mengikut peraturan yang ditetapkan seperti dikeahlian Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup. Mereka ini tidak boleh mengundi dan diundi atau memegang apa apa jawatan dalam Pertubuhan. Lain lain keistemewaan adalah sama seperti Ahli Seumur Hidup:   Suami, isteri, suami duda atau balu atau anak Ahli Pertubuhan yang berumur 18 tahun keatas atau angguta lain dari Pasukan Khas TUDM tetapi pernah berkhidmat dengan pasukan tersebut sebagai tumpangan sementara atau tumpangan tetap.

Permohonan Menjadi Ahli. Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan memenuhi syarat seperti diatas. Tiap tiap permohonan menjadi Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli sedia ada dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Seseorang itu hanya sah menjadi ahli Pertubuhan setelah permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa. Tiap tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran ahli seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ianya telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Yuran Tahunan untuk Ahli Biasa hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya Sembilan puluh (90) hari sebelum Mesyuarat Agong Tahunan untuk layak menghadiri mesyuarat tersebut.

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. Ahli boleh diterima semula keahliannya setelah ianya terlebih dahulu menjelaskan kepada Bendahari Yuran Masuk dan Yuran Bulanan yang tertunggak.

 Yuran Khas atau kutipan wang daripada ahli ahli untuk perkara yang tertentu.





PENTADBIRAN

PENTADBIRAN PERTUBUHAN INI DITADBIR OLEH JAWATANKUASA YANG DIPILIH DAN DILANTIK  SEMASA  MESYUARAT AGONG PADA 13 MAC 2010. BAGI PENGGAL 2010 -2012


PENAUNG

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia

PENASIHAT BERSAMA

YBhg Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia
YBhg LT Jen Dato' Seri Abdul Ghani bin Abd Aziz (Bersara) Mantan PTU 

YANG DIPERTUA

Prof Mej Dr Mohd Kamal bin Mohd Khir TUDM (Bersara) - 0005

TIMBALAN YANG DIPERTUA

PW (B) Othman bin Ab Majid - 0001

SETIAUSAHA

PW (B) Ahmad bin Buyong Mokhtar - 0003

PENOLONG SETIAUSAHA

PW (B) Abdul Karim bin Abdul Wahab - 0006

BENDAHARI

LUK (B) Sabri bin Talib - 0009

 AHLI JAWATANKUASA

  • Kapt Wan Ismail bin Wan Osman TUDM (Bersara) (AJK Kedah) - 0002
  • Kapt Abdullah bin Harun TUDM (Bersara) (AJK Kedah) - 0007           
  • Kapt Mohd Zin bin Hussain TUDM (Bersara) (AJK Perak) - 0017       
  • PW (B) Hj Ramli bin Wahab (AJK Kedah) - 0078                                  
  • PW (B) Abd Malik bin Omar Bashah (AJK Kedah) - 0013                       
  • PW (B) Zulkifli bin Haris (AJK Johor) - 0036                                           
  • LAC (B) Abu Hasan bin Abdul Malik (AJK Kedah) - 0020                                     
  • PW (B) Abd Aziz bin Hj Shafiei (AJK Perak)  0004                                                    
  • SJN (B) Mustafar Albakri bin Atan (AJK Selangor /W. Persekutuan) - 0027                        
  • Kpl (B) Basir bin Bakar (AJK Johor) -  0014                                           
  • PW (B) Mohd Azman bin Abu Zarin (AJK N. Sembilan) - 0015                                     
  • PW (B) Mohd Khairuddin bin Abd Rahman (AJK Pantai Timor) - 0148                    
PEMERIKSA KIRA KIRA

PW (B) Fazal Khan bin Ali - 0016
PW (B) Zuraidi bin Din - 0034



AKTIVITI SEMASA

Semenjak penubuhan, berbagai aktiviti telah dijalankan oleh PBPKU, diantaranya Majlis Perjumpaan ahli mengikut Zon: Pada 08 Mei 2010 Perjumpaan dengan ahli Negeri Perak, pada 26 Jun 2010 perjumpaan dengan ahli Zon Selatan, di Kluang Johor, pada 24 Jul 2010 perjumpaan dengan ahli Zon Tengah di TUDM Jugra dan pada 02 Okt 2010 perjumpaan dengan ahli Zon Pantai Timor, di Kuantan, Pahang. Lawatan kerumah balu2 bekas anggota Handau/Paskau seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan.

BORANG 1


NO AHLI :

BORANG KEAHLIAN
PERTUBUHAN BEKAS PASUKAN KHAS TUDM (PBPKU) MALAYSIA
(0049-10-KDH)

A.       BUTIRAN PEMOHON

1. Nama Penuh:






































































 
2. No Kad Pengenalan Baru/Lama:                                        3. Tarikh Lahir:























4. Alamat Tempat Tinggal:




































































































































 
5. Poskod:                         6. No Telefon Rumah                                     7. No Telefon Bimbit













B.        PERKHIDMATAN TENTERA

1. No. Tentera:                                    2. Pangkat/Jawatan Terakhir:











 


T
a
h
u
n

 
3. Tarikh Mula Berkhidmat:                     4. Tarikh Tamat Perkhidmatan/Bersara:          3. Tahun Berkhidmat:









6. Tred/Ketukangan Terakhir:



C.       BUTIRAN ISTERI/SUAMI

1. Nama Isteri/Suami:






































































 
2. No Kad Pengenalan Baru/Lama:                                  3. Tarikh Lahir:























4. Butir-butir Anak anak:
Bil.
Nama
Tarikh Lahir
Umur
No Kad Pengenalan
*Status Belajar/ Bekerja

















































* Sila nyatakan status bersekolah Rendah /Menengah / Maktab / IPTA / IPTS / Bekerja